Sabtu, 23 April 2011

Dr Daeng Sanusi Mariok merasmikan Mesyuarat Agung PAS Pontian

Pas Pontian harus berbangga dengan kedudukan kawasan itu dipersada politik negara amnya mahupun dalam organisasi Pas itu sendiri kerana menjadi salah satu kawasan yang lama ditubuhkan berbanding kawasan lain di Johor ini. Demikian kata Dr. Daeng Sanusi Dg. Mariok mantan Yang Dipertua PAS Pusat pada perasmian majlis Mesyuarat Agung... Pas Pontian kali ke 25 di Markas Induk dekat sini.
Katanya lagi, Kemunculan Pas di Johor wujud pada tahun 1954 menerusi cawangan pertamanya di Simpang Empat Benut iaitu di kedai Yusoff Hakim.
Ujarnya lagi, beliaulah yang merasmikan cawangan tersebut yang terletak di Pekan Benut yang dahulunya hanyalah bangunan kayu.
"Ada satu sejarah katakan Pas Johor lebih dulu bertapak di Johor Baharu beberapa bulan cawangan di benut itu. Bangga kalaupun tidak nombor 1 Benut ini sekurang-kurangnya bukan 4, 5 tapi 2. Itu satu kebanggaan. Saya harapkan kawasan pontian termasuk Benut ini akan membuktikan semua perkembangan akan datang. Sudah terbukti seperti ada markas begini dibanggakan bagi kita."Ujar beliau lagi yang juga merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Johor.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Pak Daeng itu yang menganggap dirinya sebagai "orang Tua" dalam Pas, menyarankan supaya pendekatan yang bijaksana untuk memancing hati masyarakat adalah dengan pendekatan menerang, bukannya menyerang.
"Menerang labih banyak daya tarik dari daya tolak. Harus tiap hari suasana ini tak berubah sampai sekarang. Perkembangan hari ini sangat positif, walau sulit. Sangat positif dalam perjuangan kita. Kebijaksanaan pimpinan buat strategi sangat sesuai dengan perkembangan. Sesuaikan wibawa kita iaitu lebih banyak menarik daripada menolak."
"Tiap orang dari kita mesti mencanai dalam diri masing-masing potensi menarik lebih besar dari menolak. Kerana itu mungkin ada kata yang tak sesuai tapi sebagai "org tua" Pas dengan pengalaman panjang meneliti perkembangan bukan sahaja di Malaysia, maka kita perlu membuat sedikit, iaitu menambahkan daya kekebalan kita supaya kita jadi tukang pancing yang tak dilarikan ikan disamping membaiki pancing kita dan mengolah kita umpan-umpan bagi menarik ikan yag dipancing. itulah lebih banyak daya tarik"
Beliau yang juga merupakan Mantan Ahli Majlis Syura Ulamak Pusat turut menyarankan kepada ahli Pas agar tidak meletakkan seteru politik mereka sebagai musuh sebaliknya menyantuni mereka dengan pendekatan yang penuh bijaksana.
"Kalau boleh jangan ada daya tolak. Tak boleh kurangkan daya tolak itu. Tak boleh letakkan hati kita itu musuh kita. kalau kita anggap itu lawan kita, maka didalam banyak pendekatan kebijaksanana strategi adalah dekati lawan"
Turut hadir pada majlis perasmian itu adalah En. Hassan Karim, Naib Pengerusi PKR Johor, Dr. Mumazaini Misri Timbalan Yang Dipertua, Hj. Bachok Welang Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Pontian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan