Selasa, 1 Mei 2012

80 % Cina Pontian Tolak BN



PONTIAN – PAS Pontian mendakwa lebih 80 peratus pengundi bukan Melayu di Parlimen Pontian menolak kepimpinan UMNO – Barisan Nasional dalam pilihan raya (PRU) ke 13 akan datang.
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Hj Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian dengan katanya sokongan kaum itu kepada PAS semakin menunjukkan perkembangan yang mendadak sejak akhir-akhir ini.
Selain penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di peringkat kawasan katanya tinjauan pihaknya ke beberapa pekan kecil sekitar Pontian menunjukkan gelombang kesedaran dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pulai Sebatang bakal meakarkan kejutannya nanti.
”80 peratus orang Cina Pontian tolak MCA. Dulu di Pulai Sebatang kita tampilkan calon imam, orang tak mahu.
”Kali ini kita akan tampilkan seorang bekas profesor. Harap ada perubahan di Dun Pulai sebatang,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pontian kali ke 26 di Dewan Pusat Tarbiyyahnya dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Syed Othman Syed Abdullah, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Dr Hj Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Sementara itu beliau turut menambah Pontian antara yang terawal kepada kemunculan PAS di kawasan selatan semenanjung.
Tambahnya lagi, dengan pertambahan cawangan dan ahli membuktikan PAS Pontian mempunyai penyokong tegar di dua DUN yang ditandinginya iaitu Benut dan Pulai Sebatang.
”Malah, sejak tahun 1954 lagi PAS ditubuhkan di Benut oleh guru-guru agama sekolah petang. Alhamdulillah kita antara yang terawal di Malaysia dan khasnya di Johor.
”Setiap kali kita masuk bertanding, jumlah sokongan tetap tidak berubah dan tidak pernah hilang deposit.
”Selain itu, di Dun Pulai Sebatang. Kita hanya memerlukan majoriti sekitar 2000 sahaja. Dengan gelombang bukan Melayu melebihi 70 peratus insya-Allah, Allah akan bagi kemenangan. Akan tetapi kita kena kerja kuat lagi,” tegasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan